Bekas isteri mangsa tembak di Thailand ditahan bantu siasatan

Iklan
Seorang lelaki rakyat Malaysia dilaporkan parah selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Chantharothai, Bandar Betong, Wilayah Yala, selatan Thailand Sabtu lepas.

YALA - Bekas isteri kepada warga Malaysia yang parah ditembak oleh penyerang tidak dikenali dalam satu kejadian di Jalan Chantharothai, bandar Betong, wilayah Yala di selatan Thailand pada Sabtu lepas (11 Februari) antara ditahan polis Thailand bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Betong, Kol Pol Sanya Thongsawat mengesahkan individu warga Thailand berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Betong pada Khamis.

Iklan
Iklan

Pada hari yang sama, beliau berkata, polis juga menahan seorang lelaki yang merupakan suspek utama kes tembak itu di sebuah stesen minyak di Chana, Songkhla selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap.

"Polis berjaya mengenal pasti kedua-dua suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan kawasan berdekatan.

Iklan

Sanya berkata, suspek lelaki juga mengaku bahawa pistol yang digunakan ketika kejadian telah dibuang di tepi jalan ketika dalam perjalanan ke Songkhla manakala motosikalnya telah disembunyikan di Betong.

"Bekas isteri mangsa dipercayai membantu suspek melarikan diri selepas kejadian itu,” katanya.

Iklan

Pada Sabtu lepas, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 55 tahun dilaporkan cedera parah di perut dan paha selepas terkena tiga das tembakan di hadapan sebuah kedai serbaneka kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan).

Mangsa dibawa ke Hospital Betong bagi mendapatkan rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil. - Bernama