Petisyen PRU15: Mahkamah tolak bantahan ahli Parlimen
Iklan
Ahmad Amzad
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Pilihan Raya Negeri Terengganu pada Jumaat menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi membatalkan petisyen keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Kuala Terengganu yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong.
Menurut kenyataan dikeluarkan Setiausaha Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) Pas Pusat, Ahmad Lutfi Awang, mahkamah menolak lima alasan yang dikemukakan peguambela responden melalui notis bantahan awal bertarikh 30 Januari lalu tanpa perintah kos.
Iklan
Iklan
Jelas kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril mempertimbangkan hujahan-hujahan daripada kedua-dua pihak pada 30 Januari lalu serta melalui hujahan-hujahan bertulis yang difailkan selepas itu.
"Petisyen pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu ditetapkan untuk perbicaraan penuh selama 20 hari sepanjang bulan April, Mei dan Jun.
Iklan
"Tarikh-tarikh yang ditetapkan untuk perbicaraan ialah pada 3 hingga 6 April, 10 hingga 13 April, 15 hingga 18 Mei, 22 hingga 25 Mei, 29 hingga 31 Mei serta 1 Jun depan," jelas kenyataan tersebut.
Ahmad Amzad selaku responden bagi petisyen itu diwakili barisan peguam terdiri daripada Saifuddin Othman, Mohd Nasir Embong, Azrul Rizal dan Wan Rohimi Wan Daud.
Iklan
Sebelum ini, Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.
Petisyen melibatkan tiga kawasan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari lalu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>