RUU jenayah siber dibentang di Parlimen Julai ini

Iklan
Saifuddin Nasution - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang untuk membentangkan rang undang-undang (RUU) yang merangkumi semua bentuk jenayah berkaitan siber dalam sidang Parlimen pada Julai depan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perundangan sedia ada tidak mencukupi untuk menangani jenayah berkaitan sindiket penipuan pekerjaan yang mencari mangsa melalui medium dalam talian.

Iklan
Iklan

Jelasnya, ia berikutan jenayah itu sangat kompleks dan dinamik, disamping elemen undang-undang yang ada di negara ini belum sempurna lagi.

"Saya berharap pembentangan RUU itu nanti akan mendapat sokongan daripada Yang Berhormat nanti," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai usaha kerajaan untuk menangani jenayah siber terutamanya membabitkan sindiket penipuan pekerjaan.

Mengulas lanjut, Saifuddin memaklumkan kerajaan juga dalam usaha mewujudkan satu entiti tunggal yang membabitkan beberapa agensi kawal selia sekarang bagi tujuan sama.

Iklan

"Daripada situ akan memudahkan kita untuk mengambil pakar dalam isu terbabit. Kalau ikut saluran biasa dengan skim perjawatan dan pangkat biasa tak begitu tertarik dan kerajaan sedar struktur serta sistem sedia tak memadai, jadi kita ke arah itu,” katanya.