SJAM atasi masalah gangguan bekalan air Semenyih
Iklan
Izham (kanan) meninjau perkembangan projek SJAM babitkan kolam C, Jenderam Hilir pada Khamis.
DENGKIL - Masalah gangguan bekalan air disebabkan pencemaran sungai Semenyih dijangka selesai selepas siapnya projek Skim Jaminan Air Mentah Selangor (SJAM), Oktober depan.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Ir Izham Hashim berkata, SJAM merupakan projek dilaksanakan bagi memastikan bekalan air tidak terganggu disebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) apabila berlaku pencemaran sungai.
Iklan
Iklan
Menurutnya, air dari kolam SJAM akan disalurkan ke LRA Semenyih sebagai ganti apabila sumber air mentah dari sungai di kawasan itu tercemar.
"Apabila berlaku pencemaran, air sungai tidak akan dibawa masuk ke LRA sebaliknya air daripada kolam ini yang akan digunakan untuk proses (rawat air) maka penduduk tidak akan terjejas gangguan air.
Iklan
Air dari Kolam C akan dialirkan ke muka sauk LRA Semenyih apabila berlaku pencemaran sungai di kawasan berkenaan.
"Kolam ini mampu menampung penggunaan sehingga lima hari, namun kebiasaannya masalah pencemaran mampu diatasi lebih cepat dari tempoh tersebut," katanya ketika membuat lawatan tapak di projek SJAM Kolam C, Jenderam Hilir di sini pada Khamis.
Beliau berkata, projek menelan kos RM85 juta itu bakal memberi manfaat kepada hampir 1.2 juta pengguna sekitar Semenyih, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong dan Petaling Jaya.
Iklan
Ujarnya, kemajuan projek di tahap 54 peratus dan dalam proses menunggu pam air tiba dijangka Mei ini.
"Saya harap projek ini mampu menyelesaikan masalah gangguan air di Semenyih yang antara kawasan kerap berdepan isu tersebut.
"Ini merupakan projek pertama di Malaysia di bawah pengurusan air untuk atasi masalah bekalan air secara holistik sama ada ketika berdepan musim banjir mahupun disebabkan pencemaran," katanya.
BERITA SEMASA 11 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.
Terdahulu Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.
Dalam pada itu beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664153/edisi/selangor-kl/calon-pn-optimis-peratusan-keluar-mengundi-tinggi