Bursa Malaysia dibuka rendah
Iklan
Gambar hiasan
BURSA Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan pelabur berhati-hati berdasarkan data runcit Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, yang mungkin menunjukkan potensi kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada masa depan.
Pada jam 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.05 mata kepada 1,48714 daripada 1,488.19 pada Rabu.
Iklan
Iklan
Indeks utama dibuka rendah 0.35 mata kepada 1,487.84.
Suasana pasaran, bagaimanapun, positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 177 berbanding 158 manakala 258 kaunter tidak berubah, 1,620 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Iklan
Jumlah dagangan sebanyak 314.58 juta unit bernilai RM127.34 juta.
Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata, pasaran saham AS ditutup tinggi berikutan Indeks Dow Jones meningkat 0.1 peratus, didorong oleh data jualan runcit yang kukuh yang berkembang 6.4 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023.
Iklan
"Bagaimanapun, dalam negara, pelabur dijangka positif sebelum musim pelaporan pendapatan dan pembentangan semula Belanjawan 2023 minggu depan,” katanya.
Dari aspek komoditi, firma itu berkata harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$85 setong manakala harga minyak sawit mentah berlegar melebihi RM3,900 satu tan.
Mengenai sektor, sektor teknologi dijangka menjadi tumpuan apabila Nasdaq melepasi paras 12,000 semalaman.
"Selain itu, perbankan, telekomunikasi, REIT dan saham pengguna terpilih dijangka menjadi tumpuan dengan belian berterusan daripada dana asing,” katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank berkurangan 2.0 sen kepada RM8.78, Public Bank dan Petronas Chemicals, masing-masing berkurangan 1.0 sen kepada RM4.17 dan RM8.21. CIMB dan Tenaga Nasional, masing-masing tidak berubah pada RM5.43 dan RM9.95.
Bagi saham aktif, MYEG merosot 1.5 sen kepada 68 sen, Iris berkurangan setengah sen kepada 11.5 sen. Hong Seng menambah setengah sen kepada 22 sen, Perdana Petroleum meningkat 1.0 sen kepada 19.5 sen manakala CSH Alliance tidak berubah pada 4.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 7.89 mata kepada 10,818.74, Indeks FBMT 100 berkurangan 8.44 mata kepada 10,485.04, Indeks FBM Emas Shariah susut 6.18 mata kepada 11,167.19 dan Indeks FBM 70 merosot 15.57 mata kepada 13,633.72. Indeks FBM ACE naik 9.12 mata kepada 5,719.96.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 5.70 mata kepada 6,908.60 dan Indeks Tenaga menambah 0.53 mata kepada 893.17. Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.44 mata kepada 190.27 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 23.14 mata kepada 16,137.91. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>