RM150,000 lesap disamun lelaki bermotosikal depan bank

Iklan
Tangkap layar video seorang lelaki terbaring selepas disamun di hadapan sebuah bank di Jalan Beserah pada Selasa yang tular di media sosial.

KUANTAN - Polis mengesan dua suspek kes samun seorang lelaki di hadapan sebuah bank di Jalan Beserah di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, mangsa berusia 41 tahun dipercayai disamun selepas mengeluarkan wang dari bank berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian itu mangsa telah terjatuh dan terbaring di atas jalan.

Menurutnya, wang RM150,000 yang dikeluarkan mangsa lesap dilarikan dua suspek bermotosikal itu.

Iklan

Wan Mohd Zahari berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang boleh mengganggu siasatan.

"Sekiranya mempunyai maklumat, orang ramai diminta menghubungi talian 09-5652222 atau mana-mana balai polis berhampiran," karanya.

Iklan