Speaker ingatkan ahli Parlimen jaga adab ketika berbahas
Iklan
Datuk Johari Abdul. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen yang berbahas di Dewan Rakyat diingatkan agar tidak menggunakan perkataan berbaur perkauman, menghina atau tidak mengikut peraturan Parlimen berdepan dengan tindakan tegas.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, perkara itu telah dipersetujui hasil daripada perbincangan bersama wakil ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada Selasa mengenai perjalanan serta pembaharuan persidangan.
Iklan
Iklan
"Hasil daripada pertemuan itu, kita telah bersetuju agar ahli Parlimen dapat memberikan komitmen yang tinggi untuk mempertahankan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dalam memastikan perkataan yang berbaur perkauman, menghina dan tidak mengikut peraturan tidak digunakan,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Justeru, beliau mengingatkan tindakan akan diambil berasaskan Peraturan Majlis Mesyuarat jika perkataan yang dimaksudkan itu masih disebut oleh ahli Parlimen yang berbahas di Dewan Rakyat.
Iklan
"Saya mengharapkan semua ahli Yang Berhormat dapat memberikan komitmen demi menjamin perjalanan Dewan Rakyat yang berkualiti dan beradab sopan serta menghayati prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura"><meta itemprop="description" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RTS #MesinPengimbas #Saifuddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-28T11:02:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gQ-Lk1guTPPhkwx-W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrqi5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrqi5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrqi5q"></script>