LOS ANGELES - Selepas pelancaran trailer pertama dua tahun lalu, penerbit Warner Bros. Pictures akhirnya menayangkan trailer penuh filem adiwira The Flash di laman YouTube Comicbook pada Isnin.
Meskipun dihimpit kontroversi membuat kecoh di pusat hiburan awal tahun lalu, pelakon tampan Ezra Miller kekal memegang watak utama sebagai Barry Allen dalam filem arahan Andy Muschietti.
Iklan
Iklan
Trailer memperlihatkan Barry kembali ke garis masa di mana ibunya masih hidup bersuara,"Anda boleh pergi ke mana-mana. Garis masa lain. Alam semesta lain. Jadi mengapa anda mahu kekal dan berjuang untuk menyelamatkan yang ini?"
Barry menjawab"Kerana ini tempat tinggal ibu saya. Saya tidak akan kehilangan dia lagi," Memandangkan Barry mahu kembali ke masa lalu untuk membetulkan keadaan, Bruce Wayne dari Ben Affleck memberi amaran bahawa Barry juga boleh memusnahkan segala-galanya.
The Flash dibintangi oleh para pelakon hebat antaranya Sasha Calle sebagai Supergirl, Michael Shannon sebagai General Zod, Ron Livingston sebagai Henry Allen, Maribel Verdú sebagai Nora Allen, Kiersey Clemons sebagai Iris West, Antje Traue, Saoirse-Monica Jackson, Rudy Mancuso, Luke Brandon Field, Michael Keaton sebagai Batman, dan Ben Affleck sebagai Bruce Wayne/Batman (DCEU).
Filem adiwira ini juga menyaksikan Barbara Muschietti dan Michael Disco bertindak sebagai penerbit, lakon layar adalah oleh Christina Hodson, jalan cerita oleh John Francis Daley, Jonathan Goldstein dan Joby Harold manakala Toby Emmerich, Galen Vaisman, Walter Hamada dan Marianne Jenkins. bertindak sebagai Penerbit Eksekutif.
Filem The Flash terbitan Warner Bros ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 16 Jun 2023. - Awani