PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola berdepan beberapa hari yang membimbangkan menjelang kunjungan ke Arsenal pada Khamis selepas penyerang Erling Haaland terpaksa dikeluarkan setelah mengalami kecederaan.
Pemain Norway itu telah menjaringkan 25 gol dalam 21 penampilan Liga Perdana Inggeris sejak tiba di England dan mencipta gol kedua Manchester City untuk Ilkay Gundogan ketika mengatasi Aston Villa 3-1 di Stadium Etihad.