Penarikan rasmi ratifikasi Statut Rom perlu dibuat

Iklan
Ahmad Amzad Hashim

KUALA TERENGGANU - Penarikan balik ratifikasi Statut Rom oleh kerajaan perlu disahkan secara rasmi dengan segera.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, setakat ini, keputusan kerajaan menarik balik ratifikasi Statut Rom hanyalah melalui kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan jawapan menteri di Parlimen.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, kenyataan dan jawapan semata-mata tidak memberi kesan kepada ratifikasi yang telah terlebih dahulu dibuat melalui instrumen, melainkan disusuli dengan kaedah penarikan diri seperti yang termaktub dalam Statut Rom.

"Meskipun keputusan kerajaan untuk menarik balik sudah jelas, namun begitu kita melihat masih ada pihak-pihak yang terus melobi untuk diteruskan ratifikasi Statut Rom termasuklah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Iklan

"Tindakan pihak-pihak yang masih mengusik sensitiviti majoriti warga negara beragama Islam adalah tidak wajar dan boleh mengganggu usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara, yang sepatutnya menjadi satu tanggungjawab yang perlu diberi keutamaan,” katanya.

Katanya, langkah dan pendirian formal yang membolehkan penarikan balik ratifikasi berkenaan di peringkat antarabangsa perlu jelas untuk menghilangkan kegelisahan rakyat majoriti.

Iklan

"Saya menuntut kerajaan kemukakan kerangka masa atau ‘time frame’ dan 'milestone' proses penarikan balik ratifikasi ini,” katanya.