Peruntukan MP ditambah semula jika kewangan negara semakin baik
Iklan
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada Majlis Konvokesyen ke-19 Universiti Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia pada Sabtu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, elaun pembangunan ahli Parlimen akan ditambah semula apabila kedudukan kewangan negara bertambah baik.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah optimis Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menambah semula elaun berkenaan dijangka pada akhir tahun ini atau tahun hadapan.
Iklan
Iklan
"Kita tahu Belanjawan (2023) yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini mempunyai kekangan dari segi untuk menguncupkan perbelanjaan yang seimbang dari 5.5 peratus ke lima peratus.
"Ahli-ahli Parlimen mempunyai kebertanggungjawaban bukan sahaja untuk menjaga kawasan mereka malah mempunyai pelbagai permintaan (dari segi peruntukan pembangunan)... tentunya bebanan dan jangkaan itu tinggi, namun pada waktu sama atas kekangan kewangan itu, saya fikir kita harus bersabar sedikit,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen ke-19 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Pusat Dagangan Dunia di sini pada Sabtu.
Justeru, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional meminta setiap ahli Parlimen untuk memberikan perkhidmatan yang berterusan di kawasan mereka biarpun jumlah elaun pembangunan dikurangkan.
Iklan
Pada 3 Februari lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengesahkan terdapat pengurangan elaun pembangunan ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta, bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>