PRN Kelantan mungkin Julai atau Ogos - Mohd Amar

Iklan
Mohd Amar

KOTA BHARU - Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan dijangka diadakan pada Julai atau Ogos tahun ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, jangkaan itu berdasarkan beberapa perkara yang diambil kira termasuk umat Islam yang perlu menjalani ibadah puasa selain peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjalan bermula Februari hingga Mac.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pada peringkat awal perbincangan sebelum ini melibatkan tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ditadbir Pas, ada cadangan untuk PRN diadakan pada Mac.

"Tetapi ada isu berbangkit kerana melibatkan Ramadan dan juga SPM memandangkan PRN akan menggunakan fasiliti sekolah dan sebagainya.

Iklan

"Disebabkan beberapa faktor-faktor tertentu itu, PRN ditangguhkan sehingga satu tarikh akan diumumkan kelak,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kelantan di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri berkata, keputusan itu juga akan dibuat berdasarkan tempoh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang berakhir 26 Jun ini.

Iklan

Ketika ditanya mengenai kemungkinan PRN diadakan secara serentak dengan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), Mohd Amar berkata, belum ada sebarang perbincangan dengan negeri terbabit.

"Setakat ini, hanya cadangan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang meminta supaya DUN dibubarkan pada Jun.

"Pas Kelantan membuat persiapan awal bagi mengekalkan kemenangan seperti diraih pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu,” katanya.