Kakitangan makmal perubatan direman seminggu

Iklan
SPRM Cawangan Segamat sebelum ini menahan seorang kakitangan makmal perubatan pada Selasa bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM20,000.

JOHOR BAHRU - Seorang kakitangan makmal perubatan direman pada Rabu bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM20,000.

Suspek lelaki berusia 51 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa dan direman tujuh hari bermula Rabu sehingga Selasa ini.

Iklan
Iklan

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Nurzihan Rehman selepas membenarkan permohonan polis bagi menjalankan siasatan.

Pada Selasa, suspek ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas hadir memberikan keterangan.

Iklan

Difahamkan, suspek yang bertugas di sebuah makmal perubatan hospital kerajaan telah meminta dan menerima wang rasuah daripada pemilik-pemilik sampel air kencing bagi pengesanan kandungan dadah sebagai balasan untuk menukar keputusan air kencing tersebut.

Suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 9 pagi Rabu bagi mendapatkan permohonan reman.

Iklan