Fyna Jebat dapat sokongan suami untuk kembali menyanyi

Iklan
Fyna Jebat memaklumkan suaminya Datuk Zainal Abidin yang juga bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan sangat memahami minatnya dalam bidang nyanyian. - Foto Gempak

PENYANYI Fyna Jebat menjelaskan, suaminya, Datuk Zainal Abidin memberikan sokongan penuh dan membenarkan dia untuk kembali aktif menyanyi semula.

Kata Fyna atau nama sebenar Nur Syafinaz Jebat, 29, suaminya yang juga bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan sangat memahami minatnya dalam bidang nyanyian.

Iklan
Iklan

Malah, Zainal tidak menetapkan sebarang syarat atau kekangan buat adik kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat itu.

"Alhamdulillah, baik datang dari keluarga, suami, peminat dan semua yang mengenali saya, mereka sangat menyokong untuk saya kembali aktif menyanyi semula.

Iklan

"Suami saya dia bagi je (sahaja) untuk saya kembali menyanyi sebab dia tahu minat saya memang menyanyi.

Fyna berkata demikian usai dia dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua sebuah acara nyanyian yang disertai bersama kakaknya, Ayda pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu, ditanya adakah dia sudah boleh membiasakan diri dengan kritikan netizen susulan pendedahan secara mengejut dirinya sah bergelar isteri kedua kepada Zainal, Fyna berkata, dia mengambil segala komen tersebut untuk memperbaiki diri.

"Saya tahu banyak komen negatif dan ada juga positif yang diberikan kepada saya. Secara peribadi, apa yang baik saya ambil dan apa yang tak baik pun saya ambil agar dapat perbaiki diri sendiri.

"Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan saya. Saya pun mendoakan yang terbaik kepada mereka semua di luar sana,” tambahnya.

Terdahulu, pendedahan Fyna sudah berkahwin dengan Zainal pada Januari lalu telah mengejutkan ramai pihak. - Awani