Pelan Tindakan Kecemasan Gempa Bumi Turkiye diaktifkan

Iklan
Orang ramai berteduh di bangunan negeri berikutan gempa bumi di Diyarbakir, Turkiye. - Foto EPA

SHAH ALAM - Pelan Tindakan Kecemasan Gempa Bumi Turkiye 2023 yang diaktifkan Mercy Malaysia memberi tumpuan kepada bantuan perubatan kepada mangsa yang terjejas.

Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata, MERCY Malaysia sudah menghantar pasukan peninjau bagi menjalankan penilaian keperluan dan bantuan perubatan untuk penempatan pasukan seterusnya.

Iklan
Iklan

"Di samping itu, MERCY Malaysia akan menyediakan bekalan perubatan untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, pelan tindakan kecemasan termasuklah meningkatkan sokongan kesihatan termasuk langkah kecemasan kesihatan awam untuk membendung wabak penyakit dan meningkatkan kawalan pencegahan jangkitan.

Iklan
Iklan

"Ini termasuklah memberikan perkhidmatan kesihatan awam, perubatan dan bekalan perubatan selain perkhidmatan sokongan kesihatan mental, air, sanitasi dan kebersihan,” katanya.