Hassan Merican ketuai Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan
Iklan
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan pelantikan Penasihat Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican untuk mengetuai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.
Anwar berkata, kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku Menteri Kewangan.