Exco Pulau Pinang tak pernah lantik ahli keluarga sejak 2008
Iklan
Kon Yeow menyerahkan cek kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyerahan Replika Cek Kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Persendirian Cina 2023 di Komtar pada Selasa.
GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah mengamalkan pelantikan ahli keluarga untuk sebarang jawatan dalam kerajaan negeri sejak tahun 2008.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sejak Pakatan Harapan (PH) menerajui Pulau Pinang, semua exco kerajaan negeri tidak dibenarkan memberi jawatan kepada kalangan ahli keluarga mereka.
Iklan
Iklan
"Sejak dahulu lagi, Exco Kerajaan Pulau Pinang tidak dibenarkan untuk melantik mana-mana ahli keluarga mereka dalam kerajaan.
"Pada pandangan peribadi saya, jika ada keadaan yang menimbulkan apa-apa konflik kepentingan, ia perlu dielakkan pelantikan sedemikian," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Replika Cek Kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Persendirian Cina 2023 di Komtar pada Selasa.
Iklan
Ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar mengenai tiada pembayaran gaji atau ganjaran diberikan jika anggota kabinet melantik ahli keluarga sebagai penasihat atau pegawai, Kon Yeow berkata, perkara itu perlu dijelaskan lebih lanjut oleh Anwar sendiri.
Kon Yeow berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa semua anggota kabinet dilarang memberi gaji atau ganjaran daripada peruntukan kerajaan kepada ahli keluarga, jika mahu melantik mereka sebagai penasihat atau pegawai masing-masing.
Iklan
Anwar juga menegaskan akan memastikan tiada sebarang pemberian kontrak bernilai jutaan ringgit kepada ahli keluarga mana-mana anggota pentadbirannya sepanjang pemerintahan Kerajaan Perpaduan.
Dalam perkembangan lain, Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan mengesahkan kesemua calon PH yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu sudah menyerahkan penyata perbelanjaan kepada Suruhan Pilihan Raya (SPR) untuk disemak.
"Penyata perbelanjaan diserahkan kepada SPR untuk diperhalusi. Kita yang bertanding telah mematuhi peruntukan undang-undang ditetapkan oleh SPR.
"Penyata tersebut perlu diserahkan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan PRU15 digazetkan. Rakyat boleh menilai sendiri, parti mana yang berbelanja besar dalam PRU15 dengan melihat jumlah penggunakan bendera, papan iklan (billboard) dan sebagainya," katanya.
Sebelum ini, Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Puchong, Mohd Shukor Mustaffa menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perbelanjaan mewah oleh PH dan Barisan Nasional (BN) semasa PRU15 lalu.
Mohd Shukor mendakwa, pelbagai siaran media dan perkongsian di media sosial membuktikan penganjuran ceramah-ceramah gabungan parti politik berkenaan yang mewah.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.