Kakitangan sekolah direman bantu siasatan tuntutan palsu
Iklan
JOHOR BAHRU - Seorang kakitangan di sebuah sekolah di negeri ini yang ditahan semalam bagi membantu siasatan disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, direman tiga hari bermula Selasa.
Perintah reman hingga 9 Febrauri terhadap lelaki berusia 40 tahun itu dikeluarkan Majistret R.Salini di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).