Maqis, Kastam patahkan seludup sosej daging babi, ayam

Iklan
Maqis dan Kastam merampas sosej daging babi dan ayam dari China di KLIA pada Ahad.

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk sosej daging babi dan ayam dari China melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada Ahad.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, pihaknya bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah melakukan pemeriksaan terhadap seorang wanita warga asing berusia 28 tahun di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA pada jam 2 pagi.

Iklan
Iklan

"Kita telah menemui sebanyak 40 sosej daging babi dan 10 ekor ayam yang dianggarkan bernilai RM400 diletakkan di dalam kotak gabus," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, produk daging babi dan ayam tersebut dipercayai dibawa masuk untuk kegunaan sendiri.

Iklan

Menurutnya, kesemua produk daging babi tersebut akan dihantar ke Makmal Kesihatan Veterinar bagi tujuan persempelan untuk mengenal pasti penyakit African Swine Fever.

"Tujuan larangan pengimportan serta membawa masuk daging berkenaan di laluan udara adalah bagi menghalang risiko kemasukan wabak penyakit African Swine Fever ke negara ini, ia akan merosakkan industri penternakan negara," katanya.

Iklan

Beliau berkata, perbuatan mengimport apa-apa jenis tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma tanpa permit import yang sah daripada Maqis adalah menjadi satu kesalahan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama," katanya.