500 anggota, pegawai polis jaga ketenteraman awam di Batu Caves

Iklan
Sasikala Devi berkesempatan bertemu pengunjung ketika hadir memantau penugasan anggotanya di sekitar Batu Caves, Gombak pada Sabtu. Foto: Facebook Polis Selangor

GOMBAK - Polis Selangor menempatkan 500 pegawai dan anggotanya di sekitar Batu Caves, di sini bagi memastikan ketenteraman awam sempena sambutan Thaipusam.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pegawai dan anggota itu ditempatkan di sekitar Kuil Sri Subramaniar bagi menjamin keselamatan.

Iklan
Iklan

"Bagi memudahkan orang awam dan penganut-penganut Hindu yang hadir ke kawasan tersebut, pihak polis juga telah menempatkan polis trafik di sepanjang jalan sekitar Batu Caves, Gombak.

"Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa mematuhi segala arahan yang diberikan oleh pihak polis yang bertugas bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta perkara yang tidak diingini," katanya pada Sabtu.

Sasikala Devi bersama pegawainya hadir memantau penugasan anggotanya di sekitar Batu Caves, Gombak pada Sabtu. Foto: Facebook Polis Selangor

Iklan

Sasikala Devi sebelum itu hadir di Batu Caves bagi memantau penugasan pihak polis sempena Thaipusam yang akan disambut pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau dalam lawatannya juga telah merasmikan gerai Polis Diraja Malaysia Thanner Panthal di mana gerai ini menyediakan perkhidmatan memberikan minuman percuma kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.

Iklan

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib dan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed.