'Gajah kerap muncul di kawasan rumah'
Iklan
Gambar hiasan.
GUA MUSANG - Kehadiran seekor gajah liar menimbulkan kegusaran kepada lebih 100 penduduk di Kampung Lebur Jaya, di sini apabila haiwan liar itu semakin kerap muncul di kawasan perkampungan mereka sejak dua minggu lepas.
Seorang penduduk, Anuar Mustapha, 47, berkata, mamalia tersebut dipercayai masuk ke kampung pada lewat petang setiap hari, malah ada kalanya dua kali pada hari yang sama.
Iklan
Iklan
"Khamis lepas ketika saya sedang mengopek kelapa, gajah tersebut meluru ke arah saya dari arah hutan dan berlegar-legar hampir 30 minit di kawasan rumah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini pada Jumaat.
Bagi, Norhayati Ibrahim, 47, pengalaman pertama kali menyaksikan gajah liar di depan mata cukup menggerunkannya.
Iklan
"Semasa membuka pintu dapur untuk membuang sampah di belakang rumah, saya terkejut melihat seekor gajah berada di kawasan itu. Saya segera memaklumkan kepada orang kampung untuk menghalaunya masuk semula ke hutan," katanya.
Ibrahim Hassan, 71, pula berharap pihak berwajib segera mengambil tindakan sewajarnya kerana bimbang gajah liar itu akan mengancam keselamatan dan nyawa penduduk setempat. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>