[VIDEO] 'Saya masuk PH bukan nak jadi ketua'

Iklan
Zahidi Zainul Abidin

SHAH ALAM – Saya hendak masuk Pakatan Harapan (PH) bukan sebab nak jadi ketua tapi saya nak teruskan wadah perjuangan yang saya dah mulakan sejak 40 tahun lalu, kata bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata, bila saya dipecat saya tidak mahu bermusuh sebaliknya masih bersahabat dengan ahli-ahli UMNO yang lain.

Iklan
Iklan

"Saya nak mencari yang tiada masalah, contohnya kalau saya masuk PN (Perikatan Nasional) kalau orang UMNO jumpa saya mungkin dia boleh dipecat.

Beliau berkata demikian dalam program Sinar Live ‘Kenapa Pilih PH’ dihoskan oleh Hazwan Mokhtar yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, dia perlu memastikan rakan-rakannya di dalam UMNO selamat (tidak dipecat) kerana mahu berkawan dengannya.

Iklan