Lelaki bawa beg berisi 6kg dadah
Iklan
Ravi Chandran (dua dari kanan) menunjukkan heroin yang dirampas daripada seorang lelaki berusia 50 tahun dalam serbuan di Bagan Serai, semalam.
IPOH - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah apabila menahan seorang lelaki berusia 50 tahun bersama dadah bernilai RM274,609 di kawasan surau Plaza Tol Alor Pongsu arah selatan di Bagan Serai, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan jenayah Narkotik (JSJN) Perak, Asisten Komisioner R Ravi Chandran berkata, serbuan pada jam 4 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari JSJN, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
Iklan
Iklan
"Suspek yang menaiki kereta jenis Honda Accord dilihat membawa sebuah beg berada di kawasan surau untuk menunggu seseorang.
"Ketika serbuan, kita merampas beg tersebut dan hasil pemeriksaan menemui dadah disyaki heroin seberat 6.86kg,” katanya dalam sidang media di IPK Perak di sini, hari ini.
Iklan
Menurutnya, rampasan dadah terbabit boleh dibekalkan kepada lebih 10,000 penagih.
"Ujian saringan urin mendapati suspek negatif dadah namun, keretanya bernilai RM30,000 disita untuk siasatan.
Iklan
"Suspek direman sehingga Khamis depan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 selain mengenal pasti individu yang terlibat,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>