Pas sedia beri kerjasama kepada SPRM

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis. Ahmad Samsuri- Foto Bernama (gambar kiri).

KUALA TERENGGANU - Pas bersedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan dakwaan ada pengundi menerima wang untuk mengundi parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Pas bersikap telus dan kesediaan bekerjasama itu bukan hanya terhad kepada SPRM saja malah turut melibatkan mana-mana agensi kerajaan lain juga.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurut Menteri Besar Terengganu itu, setakat ini belum ada pemimpin Pas negeri ini yang dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung siasatan dakwaan tersebut.

"Tapi saya rasa SPRM akan menjalankan siasatan dengan telus,” katanya kepada pemberita selepas hadir menyempurnakan Konvensyen Pendidikan Islam Negeri Terengganu di Taman Tamadun Islam (TTI), di sini pada Khamis.

Iklan

Sinar Harian pada Khamis melaporkan SPRM sedang mengenal pasti 90 individu yang didakwa menerima wang daripada parti politik untuk mengundi ketika PRU15 lalu di Terengganu.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Iklan

Sebelum ini satu video tular dikesan memaparkan orang ramai yang dipercayai sedang menunggu di hadapan sebuah bangunan untuk menerima bayaran daripada sebuah parti politik bagi tujuan mengundi.

Difahamkan, lelaki dalam video yang memberikan wang tunai kepada pengundi itu juga telah dipanggil untuk disoal siasat.