PRN: Negeri Sembilan cadang bubar 1 Jun ini

Iklan
Aminuddin bercakap kepada pemberita semasa sidang media pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Sunrise MCL Land, pada Khamis. - Foto Bernama
SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan pada 1 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau yang juga Naib Presiden PKR bagaimanapun berkata, cadangan itu akan dibincangkan terlebih dahulu bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

"... Jun bubar, lepas itu terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nak buat PRN bila dalam tempoh 60 hari (lepas bubar DUN).. maknanya bersama (negeri lain), tak ada masalah,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di sini pada Khamis.

Pada Rabu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi bayangan bahawa DUN Kedah akan dibubarkan selepas pertengahan Jun mengambil kira beberapa faktor termasuk bulan Ramadan, sambutan Aidilfitri, tempoh ibadah haji serta sambutan Aidiladha.

Selain Negeri Sembilan dan Kedah, empat lagi negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. - Bernama