Beku akaun: Bersatu jamin beri kerjasama penuh - Muhyiddin

Iklan
Muhyiddin (tiga dari kiri) ketika bercakap kepada pemberita sebaik selesai Pemukiman Ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional di salah sebuah hotel pada Khamis.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengulangi pendirian untuk memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi melengkapkan siasatan berhubung pembekuan akaun parti itu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, partinya juga yakin suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan dengan penuh integriti.

Iklan
Iklan

"Saya percaya SPRM akan menjalankan siasatan secara telus dan profesional. Saya juga berikan jaminan bahawa Bersatu akan berikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk lengkapkan siasatan.

"Saya percaya siasatan SPRM yang akan dijalankan secara profesional akan bersihkan (kembali) nama Bersatu," katanya ketika sidang akhbar selepas selesai Pemukiman Ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional di salah sebuah hotel, di sini pada Khamis.

Iklan

Menurutnya lagi, Bersatu dalam masa sama juga turut menyerahkan beberapa akaun yang telah diaudit serta dibentangkan dalam perhimpunan parti dari tahun 2020 hingga 2021.

Jelasnya, kesemua wang masuk ke akaun parti dan jumlah baki yang ada di dalam akaun semuanya turut dalam pengetahuan parti.

Iklan

Sinar Harian pada Rabu melaporkan akaun Bersatu dibekukan sehari selepas parti itu mendedahkan penyata akaunnya kepada umum.

Pembekuan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Menurutnya, akaun parti berkenaan dibekukan sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

ARTIKEL BERKAITAN: PN lancar kabinet bayangan

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan parti politik: Kerajaan tidak campur tangan

ARTIKEL BERKAITAN: Beku akaun Bersatu: Tak jejaskan Pas sebagai rakan gabungan

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan jadikan beku akaun 'motif politik' lumpuhkan Bersatu

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu hantar surat mohon SPRM batal pembekuan akaun

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO]Bersatu tidak terima sebarang dana pakej rangsangan: Muhyiddin

ARTIKEL BERKAITAN: Beku akaun: Bersatu jamin beri kerjasama penuh - Muhyiddin