Siasat juga sumber kewangan parti politik dalam kerajaan
Iklan
Razali Idris
KUALA TERENGGANU - Sumber kewangan parti politik dalam kerajaan juga perlu disiasat bagi memastikan siasatan dilakukan secara meluas dan menyeluruh serta tidak hanya tertumpu kepada parti pembangkang.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, beliau secara peribadi berpandangan langkah itu wajar diambil bagi membuktikan ketelusan siasatan yang dilakukan oleh badan antirasuah di negara ini.
Iklan
Iklan
Jelas beliau, Bersatu sebelum ini telah memberikan kerjasama berhubung siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap akaun parti itu.
"Bersatu terbuka dan sedia memberikan kerjasama untuk proses siasatan lanjut. Apa yang kita mahukan ialah ia disiasat secara telus.
Iklan
"Kita juga mengesyorkan supaya jangan hanya siasat akaun parti pembangkang, siasat juga akaun parti-parti lain dalam kerajaan sama ada PKR, DAP dan Amanah bagi memastikan dari mana datangnya sumber kewangan mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Rabu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada Rabu mengesahkan beberapa akaun Bersatu dibekukan bagi membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).
Iklan
Katanya, akaun parti berkenaan dibekukan pihak berkuasa sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.
Tiga lagi individu termasuk Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menerima surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor susulan dakwaan memutar belit kenyataannya berkaitan isu sejarah yang tular baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Muhammad Sanusi berkata, selain Kor Ming, dua lagi individu terbabit ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Skudai, Marina Ibrahim dan individu dikenali sebagai Salim Abd Rahman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790763/berita/politik/sanusi-hantar-tiga-lagi-lod-kor-ming-antara-penerima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik inar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sanusihantartigalod #isudakwaanputarbelitfakta