Warga emas antara dua individu diberkas miliki dadah

Iklan
Seorang lelaki warga emas antara dua individu diberkas dipercayai memiliki dadah dalam tangkapan berasingan di sekitar Damansara, pada Selasa. - Gambar hiasan

PETALING JAYA - Seorang lelaki warga emas antara dua individu diberkas dipercayai memiliki dadah dalam tangkapan berasingan di sekitar Damansara, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, tangkapan pertama melibatkan suspek lelaki tempatan berumur 45 tahun di kawasan parkir di sebuah kondominium di Damansara Perdana, kira-kira jam 5.30 petang.

Iklan
Iklan

"Tangkapan kedua pula melibatkan suspek lelaki berumur 63 tahun di tepi jalan di sekitar Damansara Perdana. Pemeriksaan kemudian menemui satu plastik berisi dadah jenis ganja seberat 10.0 gram," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Iklan
Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.