Lelaki mengamuk maut akibat pendarahan pada paru-paru

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan kematian seorang lelaki yang mengamuk di sebuah masjid di Pulau Melaka, pada Ahad berpunca daripada pendarahan di bahagian paru-paru.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil bedah siasatan yang dijalankan mendapati pendarahan itu berlaku akibat tekanan pada bahagian dada.

Iklan
Iklan

Sinar Harian pada Isnin melaporkan lelaki yang maut dipercayai dipukul di sebuah masjid di Pulau Melaka di sini, sempat menunaikan solat sebelum mengamuk.

Muhamad Zaki berkata, pada jam 6.30 petang lelaki berusia 28 tahun itu telah mengamuk dan berlaku pergelutan dengan pengawal keselamatan masjid yang bertugas.

Iklan
Iklan

"Kemudian mangsa telah berjaya ditahan dengan bantuan dari pelajar-pelajar tahfiz sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis," katanya.