KUALA LUMPUR - Seorang bapa mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian bayinya berusia tiga bulan, awal bulan ini.
Amirul Hakim Muhamad Fadzil, 27, mengaku cuai sehingga menyebabkan kematian anak lelakinya itu akibat kecederaan di bahagian kepala, di sebuah rumah di Flat Sri Langkawi, Gombak di sini, pada 4.15 petang, 3 Januari lepas.