17 terbunuh, 70 cedera dalam letupan di masjid

Iklan
Sebahagian daripada struktur masjid yang runtuh di bandar Peshawar barat laut Pakistan pada Isnin. - Foto AFP

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan 70 yang lain cedera selepas letupan kuat berlaku di sebuah masjid di bandar Peshawar barat laut Pakistan pada Isnin, menurut pegawai polis dan hospital.

Jurucakap Hospital Lady Reading di Peshawar wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Mohammad Asim berkata, mangsa yang cedera termasuk anggota polis dan kini dirawat di kemudahan perubatan, lebih 15 mangsa berada dalam keadaan kritikal, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Menurut pegawai polis di Peshawar, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca letupan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas siasatan selesai.

Sebahagian daripada struktur masjid itu turut runtuh dan beberapa orang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan. Polis masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Iklan

Berikutan letupan itu, pasukan polis mengepung kawasan itu dan melancarkan siasatan.

Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. - Bernama

Iklan