[VIDEO] UMNO ambil 'tempoh bertenang' situasi di Sabah - Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid
KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] UMNO Sabah membuat keputusan untuk mengambil tempoh bertenang dalam menangani kemelut politik di negeri ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan yang cukup terbuka telah dilakukan dengan rakan kepimpinan UMNO Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap kedinamikan politik yang sedang berlaku di Sabah.
Iklan
Iklan
"Kami telah mengambil beberapa keputusan, pertamanya kita mengambil tempoh bertenang dalam menangani polemik atau kemelut di Sabah ini dari segi politik.
"Untuk tempoh bertenang ini, kami berpandangan bahawa tidak ada perkara atau isu yang tidak boleh diselesaikan. Banyak pendekatan yang akan kita ambil dan juga kaedah-kaedah yang kita susun atur," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas perhubungan UMNO Sabah di Bangunan UMNO Sabah di sini, pada Isnin.
Iklan
Ditanya pemberita berapa lama tempoh bertenang itu diambil, Ahmad Zahid menjelaskan bahawa ia tidak dilakukan secara tergesa-gesa untuk mencari jalan penyelesaian.
"Ia sangat subjektif, tetapi yakinlah 'slowly but surely'," katanya.
Iklan
Timbalan Perdana Menteri itu turut berkata, jalan penyelesaian memerlukan persefahaman dua hala iaitu daripada pihak Barisan Nasional (BN) dan UMNO bersama rakan politik yang lain.
"Untuk itu, dalam hal ini pendekatan kita tentunya memberi keutamaan kepada agenda rakyat Sabah dan juga memberi pencerahan terhadap kekeliruan yang ada.
"Saya yakin bahawa keberadaan saya ini merupakan satu 'signal' bahawa kepimpinan parti di peringkat pusat tidak pernah mengambil enteng atau mengambil ringan perkara-perkara yang sedang berlaku di Sabah.
"Saya mengambil inisiatif sendiri untuk menangani isu ini dan apa yang akan saya lakukan seterusnya itu akan diketahui dalam tempoh terdekat supaya penyelesaian secara tuntas dapat dicapai oleh kedua belah pihak.
"Saya juga memohon tidak ada interpretasi atau spekulasi atau sebarang kenyataan yang bercakap sama ada di pihak kami atau di sebelah sana," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, tindakan itu adalah bagi mencari titik persamaan dan menyantuni titik perbezaan antara kedua belah pihak.
"Jika semua pihak mahu mencari penyelesaian yang terbaik, kita boleh duduk secara tertutup dan mencari penyelesaian yang terbaik dalam apa juga situasi," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.