Al Nassr bukan kelab terakhir Ronaldo

Iklan
Ronaldo - Foto AFP

PENGENDALI Al Nassr, Rudi Garcia menjangkakan kelab itu tidak akan menjadi pasukan terakhir buat Cristiano Ronaldo dengan pemenang lima kali Ballon d'Or itu akan kembali ke Eropah.

Ronaldo dan Manchester United sebelum ini berpisah selepas temu bual kontroversi penyerang itu dengan Piers Morgan pada November.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 37 tahun itu kemudiannya menandatangani kontrak untuk kelab Arab Saudi, Al-Nassr dengan ramai menjangkakan bahawa ini akan menjadi kelab terakhir penyerang itu sebelum bersara.

Bagaimanapun, Garcia yakin Ronaldo tidak akan menamatkan kariernya di Timur Tengah.

Iklan

"Dia tidak akan menamatkan kerjayanya di Al-Nassr, dia akan kembali ke Eropah. Ia bukanlah permulaan yang ideal untuk Cristiano di kelab baharunya setakat ini," katanya.

Dalam dua perlawanan kompetitifnya setakat ini, Ronaldo gagal menjaringkan gol atau melakukan bantuan gol.

Iklan

Ia menyebabkan Garcia memberi amaran kepada pemainnya untuk mencuba dan tidak sentiasa menyasarkan bintang Portugal itu apabila membuat hantaran.

"Adalah sangat penting untuk pemain bermain secara normal dan tidak selalu cuba memberikan bola kepada Cristiano. Saya memberitahu mereka bahawa mereka perlu membuat keputusan yang betul di atas padang.

"Jelas sekali, apabila Cristiano atau Talisca bersendirian dan meminta bola, kami perlu memberi mereka bola. Kedua-dua pemain ini mampu membuat perubahan," katanya.