Dua insan tercinta pergi sekelip mata
Iklan
Arwah Muhamad Luqman dan ibunya, Rogayah Ibrahim.
MARANG -"Semua sudah ketentuan ALLAH. Saya reda dengan pemergian mereka,” demikian luahan Mat Nor Ismail, 50, selepas dua insan disayanginya termasuk isteri tercinta pergi dalam sekelip mata.
Rabu lalu, Mat Nor kehilangan anaknya, Muhammad Luqman, 21, yang ditemui lemas di Kuala Sungai Mersing selepas terjatuh ketika dalam pelayaran menghantar penumpang ke Pulau Tioman.
Iklan
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Kru feri mati lemas semasa pelayaran ke Pulau Tioman
Isterinya, Rogayah Ibrahim, 50, pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke tempat kejadian akibat sesak nafas selepas dimaklumkan bahawa mayat anak lelaki mereka itu berjaya ditemui.
Iklan
Jenazah Rogayah dibawa keluar dari rumah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Atas Tol.
Mat Nor berkata, dia bersama tiga lagi ahli keluarga termasuk isteri dan anak sulung, Abdul Walid, 22, bertolak ke Mersing selepas dimaklumkan anak keduanya itu terjatuh dari feri persiaran.
"Muhammad Luqman dikatakan jatuh dari feri petang Selasa dan kami berempat bertolak ke sana esoknya dengan harapan anak kedua kami berjaya ditemui.
Iklan
"Tapi masa di Pekan, kami dimaklumkan Muhammad Luqman berjaya ditemui tapi dah meninggal dunia. Masa itulah isteri saya terus diserang sesak nafas," katanya, hari ini.
Isterinya kemudian dikejarkan ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia.
Bapa lapan anak itu ditemui media di kediamannya, di Kampung Tok Dir di Bukit Payong di sini selepas selesai urusan pengebumian arwah isteri di Tanah Perkuburan Atas Tol, Kuala Terengganu.
Saudara mara dan sahabat taulan yang datang menziarahi Mat Nor (kanan).
Katanya, kali terakhir Muhammad Luqman menghubungi mereka adalah untuk memaklumkan dia tidak akan pulang pada Ramadan dan tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama tahun ini.
"Dia mula kerja Februari lepas dan saya difahamkan dia tak dapat cuti sebab baru kerja. Ramadan tahun ni sunyi sebab Muhammad Luqman dan ibunya dah tak ada," katanya.
Mat Nor juga tidak mampu menahan rasa sedih apabila saudara-mara dan sahabat taulan tidak putus-putus menziarahinya di rumah untuk menyampaikan ucapan takziah.
Bagaimanapun, dia reda dengan ketentuan ALLAH dan mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung serta rakan anak dan isterinya yang datang memberikan sokongan kepadanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal