Satu pintu tertutup, pasti terbuka pintu rezeki lain - KJ
Iklan
Khairy memuatnaik gambar bersama Tunku Ismail di Instagram Story miliknya pada Sabtu.
SHAH ALAM - Selepas pemecatan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar daripada parti berkenaan pada Jumaat, kisah beliau terus mendapat liputan media di negara ini.
Terbaru, menerusi gambar bersama Tunku Ismail yang dimuat naik di Instagram Story miliknya, beliau menyatakan soal rezeki adalah milik ALLAH.
Iklan
Iklan
Sebelum itu, Tunku Ismail di Instagramnya memuat naik gambar bersama Khairy dan memberikan bayangan bahawa bekas Ahli Parlimen Rembau itu bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT pada masa hadapan.
"Bakal CEO JDT dan penasihat belia Johor," katanya.
Iklan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Jumaat mengesahkan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Khairy dipecat daripada parti tersebut.
Kedua-dua pemimpin itu dipecat susulan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Iklan
Selain itu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; (Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang; Ketua UMNO Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan bekas Ketua Penerangan,Shahril Sufian Hamdan digantung hak-hak dalam parti selama enam tahun.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>