10,346 mangsa banjir terkini di Sabah

Iklan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah yang dipindahkan ke 34 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini meningkat daripada 10,312 kepada 10,346 orang.

Itu jumlah terkini yang dicatat oleh pihak Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah setakat 8 pagi Sabtu.

Iklan
Iklan

Peningkatan itu membabitkan 3,572 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir sejak Rabu lalu.

Sementara itu, jumlah mangsa di empat daerah iaitu Kota Marudu seramai 7,358 orang ditempatkan di 12 PPS, di Telupid seramai 21 mangsa ditempatkan di PPS manakala di Tawau seramai 109 mangsa ditempatkan di sebuah PPS dan 23 orang lagi ditempatkan di sebuah PPS di Lahad Datu.

Iklan
Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mangsa banjir di Sabah melonjak naik dan melepasi angka 10,000 mangsa telah dipindahkan ke PPS.