Sultan Selangor perkenan sidang DUN terakhir 13 Mac depan

Iklan
Sultan Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-14 tahun 2023 yang dijadualkan berlangsung selama dua minggu bermula 14 Mac depan.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata, pembukaan sidang DUN kali terakhir untuk penggal ini akan dilaksanakan dengan penuh istiadat termasuk pemeriksaan kawalan kehormat dan istiadat santapan.

Iklan
Iklan

"Perbincangan ahli dewan akan berdasarkan titah ucapan baginda yang akan menyentuh berhubung isu-isu di Selangor ini dan lain-lain," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Jumaat.

Sementara itu, Suee Lim berkata, notis makluman berkenaan pembukaan Sidang DUN dihantar kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bermula hari ini.

Iklan

Katanya, ADUN Sungai Tawar (UMNO-BN), Datuk Rizam Ismail kekal sebagai Ketua Pembangkang Selangor namun ia tertakluk kepada perbincangan yang akan menyusul kemudian. - Bernama

Iklan