Saifuddin tak campur siasatan dua pegawai Ahli Parlimen PH

Iklan
Saifuddin menegaskan tidak akan mencampuri siasatan polis terhadap dua pegawai Ahli Parlimen PH yang sedang disiasat.

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan tidak akan mencampuri siasatan polis terhadap dua pegawai Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang sedang disiasat.

Menurutnya, prosedur siasatan itu diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan
Iklan

Terdahulu media melaporkan polis memanggil dua individu, Noor Suhana Ishak dan Farhan Iqbal untuk dirakam keterangan berkaitan ciapan di Twitter yang mendakwa Pemuda UMNO mengganggu ceramah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), pada Oktober tahun lalu.

Noor Suhana yang juga pembantu Ahli Parlimen Bentong, Young Sefura memberitahu, beliau dipanggil ke ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, manakala Farhan yang merupakan Setiausaha Akhbar Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dipanggil ke Putrajaya untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Dalam dua insiden berasingan yang berlaku Oktober lalu, sekumpulan lelaki melakukan provokasi terhadap ceramah Muda di Muar, Johor.