Wanita Lithuania hilang 4 tahun lalu ditemukan di Malaysia
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
KUALA LUMPUR - Selepas empat tahun pencarian, seorang wanita warga Lithuania yang datang ke Malaysia dan terputus hubungan dengan kedua ibu bapanya, berjaya ditemukan semula, menurut penyiar awam Lithuania LRT.
Wanita dari Raseiniai, Lithuania itu datang ke Malaysia pada Januari 2019 untuk melawat rakan yang dikenali menerusi internet dan ketika itu dia berusia 19 tahun, kata Ketua Polis Daerah Siauliai dalam satu kenyataan.
Iklan
Iklan
Ibu bapanya telah menghubungi Polis Daerah Raseiniai dan meminta membantu mencari anaknya itu.
Polis Malaysia tidak dapat memberikan maklumat sama ada wanita itu berada di negara ini.
Iklan
Penyiasat Raseiniai mengesan akaun Facebook masyarakat Lithuania Malaysia dan menghubungi pengerusinya, Rita Ruke.
Ruke kemudian meminta detektif tempatan untuk memeriksa setiap lokasi, nombor telefon dan alamat wanita itu yang dihantar oleh pihak Raseiniai.
Iklan
Pemeriksaan terakhir pada Disember tahun lalu mendapati terdapat pembelian dalam talian yang dibuat atas nama wanita berkenaan.
Pada 20 Disember tahun lalu, wanita itu dilaporkan ada berbual menerusi video dengan Ketua Penyiasat, Vytautas Globis.
"Saya masih hidup, dalam keadaan baik dan sangat gembira," kata wanita itu.
Menurut laporan, wanita berkenaan meninggalkan Lithuania dan memutuskan hubungan dengan keluarga terdekatnya kerana enggan mempunyai apa-apa kaitan dengan mereka. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="JPNS diminta beri penjelasan kantin sekolah jual makanan tidak bersih" /><meta itemprop="description" content="JPNS diminta beri penjelasan kantin sekolah jual makanan tidak bersih
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif akan mendapatkan penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berhubung isu tular yang mendakwa pihak kantin menjual makanan tidak bersih di sebuah sekolah menengah di sini baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Diminta mengulas lanjut, Mohd Arifin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu terbabit.
Dalam pada itu, JPNS turut diminta memastikan pengusaha kantin atau pemegang tender membekalkan makanan di asrama mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada murid atau pelajar di sekolah masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661794/berita/semasa/jpns-diminta-beri-penjelasan-kantin-sekolah-jual-makanan-tidak-bersih 
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sabah #Tularmakanantidakbersih #kantinsekolah" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-04-28T09:03:27.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WCVQ01cBX3gDuMgyK/x120" /><meta itemprop="duration" content="P71S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xl6rk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xl6rk"></script>