Harga telur di Jepun melonjak

Iklan
Pihak berkuasa kesihatan memeriksa ayam yang dipercayai dijangkiti selesema burung. - Foto Agensi

TOKYO - Sekurang-kurangnya 3,000 ekor itik akan dilupuskan di Jepun selepas pihak berkuasa kesihatan mengesan selesema burung di ladang ayam di wilayah Saitama, utara Tokyo.

"Satu kes mencurigakan dikesan di sebuah ladang ayam di bandar Gyoda dan hasil pemeriksaan terperinci mendapati selesema burung sangat patogenik telah disahkan," kata pentadbiran dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan tersebut, pelupusan 3,000 ekor itik di ladang ternakan telah dijalankan dan pihak berkuasa tempatan memperkenalkan kuarantin pengangkutan haiwan ternakan dalam lingkungan tiga kilometer.

Tambahnya, pembasmian kuman terhadap ternakan ayam termasuk peralatan dijangka selesai pada 29 Januari depan.

Iklan

Mengambil kira wabak terbaharu ini, jumlah ayam yang dimusnahkan di Jepun pada musim ini sebanyak 11 juta ekor.

Pada musim sebelum ini dari November 2020 hingga Mac 2021, industri ayam Jepun mengalami kemerosotan teruk akibat selesema burung dan 9.87 juta ayam dilupuskan di 18 wilayah.

Iklan

Pakar menjelaskan bahawa burung berhijrah telah kembali lebih awal dari biasa pada tahun ini dan jangkitan merebak pantas di seluruh wilayah di Jepun.

Selesema burung telah menyebabkan harga telur ayam meningkat di tengah-tengah inflasi dan harga yang melambung tinggi bagi produk makanan di Jepun. - Agensi