Banjir: Tujuh jalan terputus hubungan di Sabah

Iklan

KOTA KINABALU - Sebanyak tujuh jalan di tiga daerah di negeri ini terputus hubungan dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan akibat banjir, malam ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, tiga jalan adalah di Kudat iaitu Jalan Pinawantai, Jalan Kampung Pengaraban dan Jalan Indrasan.

Iklan
Iklan

Tiga lagi adalah di Pitas membabitkan Jalan Liu Malibang, Jalan Kabatasan dan Jalan Kanibongan manakala Jalan Teringai di Kota Marudu.

Menurut JKR Sabah, Jalan Nangoh-Paitan-Kanibongan di Beluran hanya boleh dilalui satu lorong akibat banjir.

Iklan

Di Kudat, Jalan Sebayan terputus hubungan akibat tanah runtuh manakala kejadian cerun runtuh dikesan di Jalan Radtak Induon namun jalan itu masih boleh dilalui dengan pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati.

JKR Sabah sebelum ini dilaporkan memaklumkan lima jalan di Kudat terputus hubungan iaitu Jalan Abdul Rahim, Jalan Sebayan, Jalan Datu, Jalan Bak Bak dan Jalan Lo Thein Chok. - Bernama

Iklan