Ubat batuk: WHO gesa buat pemeriksaan terperinci

Iklan
WHO pada Isnin menggesa pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan lebih terperinci susulan insiden kematian kanak-kanak yang dikaitkan dengan pengambilan sirap ubat batuk yang dilaporkan sekurang-kurangnya di tujuh buah negara.(Gambar hiasan) - Foto 123rf

NEW YORK - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin menggesa pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan lebih terperinci susulan insiden kematian kanak-kanak yang dikaitkan dengan pengambilan sirap ubat batuk yang dilaporkan sekurang-kurangnya di tujuh buah negara.

Ubat tiruan atau ubat yang tidak memenuhi piawaian keselamatan mesti dikenal pasti dan ditarik balik daripada pasaran, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik WHO.

Iklan
Iklan

Ubat dikatakan mengandungi bahan toksik seperti pelarut industri atau agen antibeku yang boleh membawa maut walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Bagaimanapun, WHO tidak mendedahkan negara yang terlibat.

Iklan
Iklan

Badan kesihatan dunia itu sudah pun mengeluarkan amaran mengenai insiden di Gambia, Indonesia dan Uzbekistan. - Bernama