Axelsen tumbang di tangan Kunlavut
Iklan
PEMAIN perseorangan lelaki Thailand, Kunlavut Vitidsarn mencipta sensasi apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka India 2023 sebentar tadi.
Dalam aksi final yang berlangsung di Dewan Tertutup KD Jadhav, New Delhi, Kunlavut melakar kemenangan 22-20, 10-21, 21-12 ke atas pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen.