PRN: PN sasar menang kawasan bukan Melayu

Iklan
Dari kiri: Abdul Hadi, Muhyiddin, Dominic dan Hamzah semasa sesi Lao Shang di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PN pada Ahad.

CHERAS - Perikatan Nasional (PN) menyasarkan untuk menang bukan sahaja di kawasan Melayu, malahan bukan Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, disebabkan itu calon yang diketengahkan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang adalah mereka yang diterima ramai.

Iklan
Iklan

"Bagi kerusi di Kedah, Kelantan dan Terengganu kita boleh menang besar dan ‘handsomely’.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional (PN) di sini, pada Ahad.

Iklan

Turut hadir, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Ketika ditanya mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Terengganu dan Kelantan, Hamzah berkata, perkara tersebut tidak perlu didedahkan.

Iklan

"Bubar ini kita simpan dengan kita (PN) sahaja. Ada perkara yang kita boleh beritahu, ada yang kita tak boleh bagi tahu,” ujarnya.

Sementara itu, Dominic berkata, meskipun tidak memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), parti Gerakan akan terus bersama PN.

"Kita akan sokong dan tujuan kita adalah untuk melihat PN menang pada PRN yang akan datang,” ujarnya.