Aliran trafik lancar di Plaza Tol Skudai
Iklan
Trafik agak lengang di Plaza Tol Skudai arah selatan.
JOHOR BAHRU – Aliran trafik di Plaza Tol Skudai arah selatan lancar pada Sabtu biarpun diramalkan berlaku peningkatan jumlah kenderaan menghala ke bandar raya ini menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.
Tinjauan Sinar Harian pada Sabtu mendapati, tiada kesesakan berlaku di plaza tol berkenaan apabila kenderaan dilihat bergerak lancar biarpun ada ketikanya jumlah kenderaan yang menuju ke arah utara didapati meningkat.
Iklan
Iklan
Menurut seorang pemandu, Saad Radzuan, 54, aliran trafik hari ini cukup baik dan tidak berlaku kesesakan seperti yang diramalkan sebelum ini.
Saad
Malah katanya, perjalanannya sekeluarga dari Ayer Hitam untuk menghadiri jemputan kenduri di Johor Bahru agak lancar dan membantunya untuk tiba ke lokasi lebih awal.
Iklan
"Alhamdulillah, perjalanan saya dari Air Hitam ke Johor Bahru hari ini lancar, tak ada kesesakan macam yang diramalkan tu.
"Yong Peng pun sama, tak ada kesesakan, tapi saya tengok di sebelah sana (arah utara), memang berlaku kesesakan, melekat paling teruk rasanya di Kulai.
Iklan
"Rasanya mungkin sehari dua ni macam tu...kalau ada yang nak ke utara, ikut jalan lain dan tengok Waze dulu,” katanya kepada Sinar Harian.
Pendapat itu turut diakui oleh seorang lagi pemandu, Mohd Rashidi Rosli, 23, yang turut mengakui perjalanannya dari Melaka ke Skudai hari ini cukup lancar.
Mohd Rashidi
Katanya, dia bertolak dari Melaka sekitar 10 pagi dan tiba di Plaza Tol Skudai sekitar 11.30 pagi.
"Memang jalan tak sesak. Cuma daripada apa yang saya lihat perjalanan menghala ke utara yang agak sesak.
"Apa pun, saya mengharapkan kepada semua pemandu agar bersabar dan mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Kenderaan agak banyak di laluan menghala ke utara di Plaza Tol Skudai.
Seorang lagi pemandu, Mohd Riduan Mohd Noor, 40, berkata, perjalanannya dari Batu Pahat menuju ke Skudai kali ini agak lancar tanpa sebarang gangguan.
Bagaimanapun Mohd Riduan turut mengakui kesesakan yang berlaku di laluan arah utara susulan orang ramai mahu pulang ke kampung bagi menyambut Tahun Baharu Cina.
Mohd Riduan
"Laluan lebuh raya arah ke utara memang sesak teruk...ramai yang nak balik kampung cuti kali ini.
"Namun, mujurlah ia disebabkan oleh jumlah kenderaan yang banyak dan bukannya kerana berlaku kemalangan atau sebagainya,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.