Penyalahgunaan dadah di Terengganu membimbangkan
Iklan
Md Saidin (dua dari kanan) menerima cenderahati yang disampaikan Mohd Nawawi Ismail (tengah) sambil diperhatikan Hazmin (dua dari kiri) dan Muhammad Nasir (kanan).
BESUT - Nisbah penagih dadah seramai 900 orang bagi setiap 100,000 penduduk yang direkodkan di Terengganu menunjukkan trend penyalahgunaan dadah di negeri itu kini berada pada tahap membimbangkan.
Penolong Pengarah Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu, Md Saidin Mohd Noor berkata, walaupun nilai tersebut masih terkawal dan berada di bawah julat penerimaan bagi penagih dadah iaitu antara 400 hingga 1,000 orang, angka semasa itu dilihat telah melebihi jumlah penduduk.
Iklan
Iklan
Jelas beliau, nisbah yang direkodkan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini iaitu pada 2019 sehingga 2022 (Januari hingga Jun) menunjukkan kadar itu tidak banyak berubah iaitu sebanyak 916, 966, 944 dan 926 penagih bagi setiap 100,000 penduduk.
"Jumlah keseluruhan penduduk di Terengganu kira-kira 1.1 juta orang. Jika diukur berdasarkan nisbah penduduk, angka mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah perlu lebih rendah iaitu di bawah 400 penagih bagi setiap 100,000 penduduk.
Iklan
"Antara faktor menyumbang kepada peningkatan ini ialah bekalan barangan larangan itu mudah diperoleh dan kedudukan Terengganu yang merupakan transit bagi laluan ke negeri-negeri di selatan tanah air," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas merasmikan program BesutMaju Cakna Bersama Membasmi Dadah di Politeknik Besut pada Sabtu.
Hadir sama pada program itu ialah Pengerusi Pertubuhan BesutMaju, Datuk Mohd Nawawi Ismail, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Besut Maju, Hazmin Mat Yusof dan Naib Pengerusi BesutMaju yang juga Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
Iklan
Menurut Md Saidin, berdasarkan statistik penagihan dadah pada Januari hingga Jun 2022, Terengganu merekodkan 11,809 kes dengan 98 peratus (11,571 orang) melibatkan golongan lelaki manakala baki 2 peratus (238) adalah wanita.
Jelas beliau, daerah Kuala Terengganu pula merekodkan jumlah penagih tertinggi iaitu seramai 2,188 diikuti Kemaman (2,203), Besut (1,826), Dungun (1,690), Hulu Terengganu (1,359), Marang (1,188), Setiu (116) dan Kuala Nerus (239).
Beliau berkata, AADK Terengganu menyasarkan untuk mencapai sasaran hijau bagi empat kawasan iaitu Kuala Dungun dan Sura di daerah Dungun, Bandi di Kemaman dan Pelagat di Besut pada tahun ini.
"Selain mengadakan kempen kesedaran, fokus utama yang perlu diberi perhatian dalam membasmi penyalahgunaan dadah ialah masalah dan isu pelencongan sosial yang menjerumuskan mereka ke lembah itu antaranya pergaulan bebas, kemiskinan, ponteng sekolah, merokok atau vape dan lain-lain lagi.
"Kita juga perlu mengekang kewujudan penagih baharu kerana target untuk mencapai kawasan hijau dadah ini sukar untuk dicapai jika masih ada penagih baharu," ujar beliau.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor