Ditahan ketika leka bungkus ketum
Iklan
Pihak polis sedang memeriksa bungkusan daun ketum yang dirampas.
PENDANG - Seorang lelaki ditahan polis ketika sedang leka mengisi daun ketum dalam bungkusan plastik hitam di kuarters guru Felda Sungai Tiang, di Pendang, semalam.
Suspek berusia 31 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang yang diketuai Asisten Superintendan Muhammad Amin Mat Yassin.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, lelaki itu ditahan pada jam 4.30 pagi.
Arriz berkata, hasil pemeriksaan dalam rumah berkenaan, pihaknya merampas sejumlah bungkusan plastik lut sinar berisi daun ketum dalam 26 plastik berwarna hitam dan sebuah unit alat penimbang.
Iklan
"Jumlah berat kasar daun ketum yang dirampas adalah 270 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM8,100," katanya.
Menurut Arriz, bekalan ketum berkenaan dipercayai untuk diedar di pasaran tempatan sekitar daerah ini.
Iklan
Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap lelaki berkenaan mendapati dia positif dadah jenis methamphethamine.
"Dia dipercayai menjalankan kegiatan menjual daun ketum itu untuk mengaut keuntungan dengan jalan mudah.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3)Akta Racun 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sanggup belanja puluhan ribu ubah suai motosikal, akhirnya disita JPJ"><meta itemprop="description" content="Demi kepuasan hobi dan mahu menonjol dalam kalangan rakan serta pengguna jalan raya lain, ada pemilik motosikal sanggup membelanjakan wang sehingga puluhan ribu ringgit untuk mengubah suai kenderaan mereka secara ekstrem.
Lebih membimbangkan, antara pengubahsuaian yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang termasuk penggunaan tayar terlalu kecil atau dikenali sebagai tayar sotong, ekzos tanpa penyerap bunyi, lengan ayun belakang (swing arm) yang dipanjangkan sehingga menyebabkan sistem brek belakang tidak dapat dipasang serta pengubahsuaian enjin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805426/edisi/utara/sanggup-belanja-puluhan-ribu-ubah-suai-motosikal-akhirnya-disita-jpja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #JPJ #ubahsuaimotosikal"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-20T05:35:54.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P124S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xby7xui"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xby7xui"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xby7xui"></script>