KKD fokus prasarana digital, keselamatan data
Iklan
Fahmi Fadzil - Foto Bernama
MELAKA - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memfokuskan kepada prasarana dan pelaburan digital serta keselamatan data dan siber pada tahun ini.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, aspek prasarana akan memberi tumpuan kepada akses bagi kemudahan jalur lebar dan perkhidmatan telekomunikasi.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pelaburan digital pula dijangka dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara pasca Covid-19 sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab digital di rantau Asean.
"Kalau sebelum ini kita banyak beri fokus kepada pembinaan pusat-pusat pemprosesan data, ke depan kita melihat juga kepada beberapa sektor lain (membabitkan pelaburan digital) dan ini akan diselaraskan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC),” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Kerja Pelan Strategik KKD 2023-2025 dan Agenda KKD 2023 yang turut dihadiri Timbalannya, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha KKD Datuk Seri Mohammad Mentek.
Fahmi berkata, antara fokus bagi pelaburan digital termasuklah ‘nomad pass’ dan DE Dagang yang secara tidak langsung dapat membawa masuk lebih banyak bakat-bakat baharu ke dalam negara.
Iklan
MDEC juga, kata beliau akan meneroka beberapa sektor lain dalam pelaburan digital selepas ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>