Warga Thailand maut tersepit
Iklan
KUANTAN - Seorang lelaki warga Thailand maut akibat tersepit dalam kereta di jalan hadapan Masjid Kampung Bukit Setongkol pada Khamis.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan kira-kira jam 12 tengah malam itu membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi xpander dan kereta jenis Perodua Viva.