KPKT teliti aduan projek PR1MA alami kelewatan
Iklan
Akmal (kiri) bersama Mohd Nazri (tiga dari kanan) ketika mengadakan pertemuan di pejabat PR1MA, Petaling Jaya pada Khamis.
SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti aduan berkaitan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) khususnya bagi projek yang mengalami kelewatan atau di bawah status sakit.
Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, beliau telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Seri Mohd Nazri Md Shariff pada Khamis.
Iklan
Iklan
"Selain memperhalusi pelan tindakan yang diambil oleh pengurusan PR1MA bagi mengatasi masalah yang dihadapi, saya akan tetap susuli dengan lawatan ke tapak-tapak projek berkenaan.
"Ikhtiar ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun matlamat akhirnya adalah untuk memastikan pembeli mendapat rumah kediamannya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.
Iklan
Program PR1MA merupakan dimulakan pada tahun 2011 dengan objektif menyediakan perumahan kepada rakyat Malaysia berpendapatan menengah.
Pada 15 Februari 2022, syarikat itu memaklumkan terdapat sebanyak 21 ‘projek sakit’ di bawah program tersebut sehingga menyebabkan terdapat pembeli terpaksa menunggu sehingga lima tahun.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>